PROFIL SYARIKAT


     Tunas Indah Niaga Enterprise (TINE) didaftarkan pada 07-01-2005 sebagai sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan acara (Event Management), perancang program (Event Planner) dan perunding acara (Event Consultant) yang lebih menjurus kepada penganjuran ekspo dan karnival serta pesta dengan pelbagai saiz dan tema khususnya di zon Utara semenanjung Malaysia (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak). TINE juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan mendapat status syarikat milikan Bumiputera yang diasaskan oleh Tn. Zaini bin Aboo Hassan yang kini berperanan sebagai Pengarah dan juga Perunding Syarikat. Beliau dibantu oleh seorang rakan baik sewaktu zaman persekolahan dahulu iaitu Drs. Mohammad Nazri Abdullah yang bertindak sebagai Pengurus serta Pengarah Program pada setiap karnival. Pada Januari 2015, dengan rasminya TINE telah berjaya menubuhkan satu anak syarikat iaitu GAT Management (General Art Top Management).

     Syarikat yang beroperasi di premis No. 40B, Jalan Dagangan 3, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang ini merupakan syarikat yang paling konsisten dan aktif dalam menganjurkan karnival dan ekspo sepanjang tahun tanpa henti dengan penglibatan usahawan-usahawan yang pelbagai yang mana antara lainnya bertujuan untuk membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana(IKS) dan peniaga-peniaga kecil bagi menyediakan lokasi yang strategik untuk mengenengahkan produk hasil kreativiti dan usaha mereka ke pasaran terbuka mahupun antarabangsa. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika TINE menjadi pilihan kepada syarikat-syarikat korporat, agensi-agensi kerajaan dan swasta, institut pengajian tinggi awam dan swasta, serta kerajaan negeri untuk menguruskan aktiviti dan program berbentuk karnival ataupun ekspo jualan berdasarkan konsep dan tema yang ingin mereka tonjolkan.

     Mereka turut dibantu oleh tiga orang staff yang penuh dedikasi yang mengurus segala hal pengurusan penganjuran sesuatu karnival dan persiapan awal sesebuah karnival yang bakal berlangsung. Selain itu, TINE juga mempunyai tiga kumpulan (team) pekerja yang begitu komited serta berkerja keras dalam membantu melancarkan perjalanan sesuatu program. Mereka terdiri daripada seorang ketua (Pengurus Projek) yang ditugaskan untuk memantau serta mengatur tugasan setiap anggota yang terdiri daripada seorang DJ dan seorang pembantu DJ dan anggota yang terdiri daripada lima hingga lapan krew acara yang membantu mengawal selia setiap program yang berjalan.



Nama Syarikat
Tunas Indah Niaga Enterprise

No. Pendaftaran
Pg 0152922-W

Nama Pemilik
Drs. Mohammad Nazri Bin Abdullah

 Pejabat Urusan
No. 40B, Jalan Dagangan 3, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

No. Rujukan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera
357-02132484

Status
Milikan Tunggal Bumiputera

 Telefon 
04-5792533

 Faks
04-5751533

E-Mail
salexpobumiputera@gmail.com

Blog 
tunasindahniaga.blogspot.com

Facebook
Karnival Riang Ria (Tunas Indah Niaga)
Page: Tunas Indah Niaga

Akaun Bank
Maybank (M) Bhd.
No. Akaun : 557410503655 (Tunas Indah Niaga Enterprise)




1 comment:

  1. boleh saya tahu tentang latar belakang pemilik syarikat dan carta organisasi syarikat? saya pelajar kolej komuniti dan saya diberi tugasan untuk mengenal latar belakang pemilik syarikat event yang ada di malaysia. saya harap pihak tuan dapat beri kerjasama.

    ReplyDelete