MISI
- Menjadikan karnival sebuah hub pendidikan dan perkampungan ilmu yang dipenuhi dengan aktiviti berfaedah dan pengisian yang sangat bermanfaat serta program hiburan yang bersifat mendidik dan mempromosikan sesuatu kebaikan.
- Berusaha mengubah persepsi dan mood masyarakat terhadap pengisian dan aktiviti sesuatu karnival yang mana ia lebih kepada hiburan yang dibimbangi akan melalaikan serta membantutkan proses pembinaan modal insan yang lebih cemerlang serta terbilang dan berminda kelas pertama.
- Menjadi perintis kepada karnival atau program yang bermisikan dakwah yang berperanan mendidik dan mengajak masyarakat melakukan kebaikan serta mencegah serta memperingati masyarakat daripada melakukan kemungkaran dan kezaliman.
VISI
- Tunas Indah Niaga berazam untuk memberi perhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan dan menjadi sebuah syarikat penganjuran program berbentuk karnival dan ekspo jualan yang bersama-sama membantu untuk menjana ekonomi penduduk setempat dan pentas kepada para usahawan kecil yang mantap dan disegani.
- Kami juga bertekad untuk turut sama membantu dalam usaha membentuk masa depan Negara dan membangunkan generasi modal insan yang berketrampilan dengan menyediakan modul dan aktiviti yang seimbang dari segi emosi, spiritual dan intelektual dalam merealisasikan matlamat Wawasan 2020 dengan menjadikan Malaysia sebuah Negara maju dan Berkebajikan yang bermindakan masyarakat kelas atasan menjelang tahun 2020.
- TINE juga berhasrat untuk mamandu arus perjalanan dan perintis kepada penganjuran program berbentuk karnival dan ekspo pada masa hadapan yang berkonsepkan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran (amal ma’aruf nahi mungkar) melalui pengisian aktiviti dan program yang akan diatur.
No comments:
Post a Comment